☞ Syuraa Rashid


Hello!
Annyeong!

Tagboard!


Credits

Basecode: Atin Tory
Edit:Timi
Re-Edit:
Syuraa Help: Atiqah

Jom puasa bulan Rejab .
Saturday, 11 May 2013 | 08:50 | 0 comments

Hi bloggie .

     Terlewat satu hari sebenarnya . Sepatutnya dari semalam dah start bulan Rejab kan ? Kesannya harini aku tak puasa pown. Niat dari minggu lepas memang nak puasa tapi bangun tadi baru teringat yang sepatutnya aku puasa so aku pun terpaksa lah teman ayah pergi rumah kahwin. So sad .

     Takpe esok still ada lagikan ? Yeayyy nak puasa . Nak puasa ganti (bulan ramadhan lepas ) dengan puasa sunat bulan Rejab. Mula mula terfikir juga boleh ke niat puasa kedua duanya sekali . Well , setelah aku google punya google sehingga tangan aku kebas ~k tipuuu! Sekejap je. Aku pown terjumpa satu blog ni dalan entry dia ada tulis cenggini . . .
1) Soalan: menggabungkan niat puasa sunat dgn puasa ganti dlm satu masa,adakah sah?

Jawapan: Sah puasa menggabungkan niat puasa sunat dengan puasa wajib (ganti)..Sekiranya diasingkan adalah lebih baik.

2) Soalan: Boleh kah puasa sunat kita selitkan dgn membuat puasa ganti(membuat kedua-dua puasa serentak dgn niat puasa sunat dan puasa ganti bulan ramadhan)

Jawapan: Puasa qadha' (ganti bulan ramadhan ) boleh di satukan dengan puasa sunat dengan niat puasa qadha' (ganti) dahulu kemudian niat puasa sunat.Sekiranya diasingkan adalah lebih baik.

3) Soalan: adakah sah bila kita niat puasa ganti wajib dengan niat bahasa melayu sahaja?apakah niat untuk puasa ganti?

Jawapan: Sah puasa dengan hanya niat dalam bahasa Melayu sahaja.Niat untuk puasa ganti ialah "sahaja aku qada' puasa Ramadhan kerana Allah S.W.T."

Satu soalan perlu ditanya manakah yang lebih utama di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha.Kerana ia merupakan kewajipan yang boleh disamakan seperti hutang kita kepada Allah SWT. Ini terbukti dari sebuah Hadis Qudsi yang sohih:

.......))وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه((........رواه البخاري

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

* tetapi seeloknya mengasingkan antara puas aganti dengan puasa sunat yer..dan sekiranya ingin berniat secara serentak, maka hendaklah berniat puasa qadha dahulu barulah berniat puasa sunat..
     So bagi yang perempuan kalau rasa nak just qadha and niatkan sekali puasa sunat boleh takde masalah. pun. Yang penting niat tu ada. So aku bagi ni.

*Doa

*Niat qadha puasa


     Antara kelebihan berpuasa di bulan Rejab.
  • Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah swt, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah dajal
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya
  • Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru Laailahaillallah dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang di Titian Siratul Mustaqim
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 3000 tahun
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun
  • Puasa 16 hari- dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga
  • Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan yang baik dengan baki umurnya
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat di malamnya seperti berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya dosa 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika amalannya ditimbang di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.
     Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Kbai. Selamat menjalani puasa dan mencari keredhaan allah .Assalamualaikum.



Older Post | Newer Post
Navi
BLOG TWITTER BLOGSKINS